Thursday 8 January 2015

Taubat

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Jumaat

Taubat.Taubat ini bermaksud kita memohon ampun daripada Allah SWT supaya dosa-dosa kita terhapus.Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai manusia suka melakukan dosa seperti mencuri,meminum arak,berzina dan sebagainya.Namun adakah kita fikir bahawa jika kita melakukan banyak dosa Allah tidak akan mengampunkan kita?Tidak sama sekali.Allah ini bukan macam manusia .Allah ini Maha Pengampun.Semakin kita banyak bertaubat,semakin Allah sayang kepada kita.Oleh sebab itu, saya menyeru kita supaya marilah kita memperbanyakkan taubat kita kepada Allah.Kita ini manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa setiap hari.Dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa Allah suka kepada orang-orang yang mengulang taubatnya.Oleh itu marilah bertaubat dengan beristighfar kepada mulai sekarang.Setakat ini sahaja untuk hari ini.Moga ada manfaat.Assalamualaikum w.b.t

-Sahabat kalian-

Tuesday 6 January 2015

Ujian

Assalamualakum w.b.t.

Hari ini kita akan berbicara tentang suatu topik yang menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia kini iaitu banjir.

Banjir ini kalau kita tahu ia merupakan suatu bencana alam yang wajib ada pada setiap penghujung akhir tahun.Itu dari sudut fakta.Tetapi dari sudut Islam pula kita dapat tahu ia merupakan suatu bentuk ujian yang Allah turunkan kepada kita.Jadi selalunya orang yang ditimpa musibah ini akan merungut,sedih dan lain-lain.Tetapi sebenarnya banjir ini tanda Allah masih sayangkan kita lagi.Allah SWT kalau Dia cinta akan seorang hamba itu Dia akan selalu beri ujian kepada orang itu.Jadi,itu sahaja yang dapat disampaikan pada hari ini.Moga dapat manfaat.Assalamualaikum w.b.t.

-Sahabat kalian-