Thursday 8 January 2015

Taubat

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Jumaat

Taubat.Taubat ini bermaksud kita memohon ampun daripada Allah SWT supaya dosa-dosa kita terhapus.Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai manusia suka melakukan dosa seperti mencuri,meminum arak,berzina dan sebagainya.Namun adakah kita fikir bahawa jika kita melakukan banyak dosa Allah tidak akan mengampunkan kita?Tidak sama sekali.Allah ini bukan macam manusia .Allah ini Maha Pengampun.Semakin kita banyak bertaubat,semakin Allah sayang kepada kita.Oleh sebab itu, saya menyeru kita supaya marilah kita memperbanyakkan taubat kita kepada Allah.Kita ini manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa setiap hari.Dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa Allah suka kepada orang-orang yang mengulang taubatnya.Oleh itu marilah bertaubat dengan beristighfar kepada mulai sekarang.Setakat ini sahaja untuk hari ini.Moga ada manfaat.Assalamualaikum w.b.t

-Sahabat kalian-

No comments:

Post a Comment