Wednesday 17 December 2014

Cinta:2

Assalamualaikum wbt.

Bagaimana dengan iman anda hari ini? Harapnya masih keadaan baik.

Baiklah kita sambung tentang cinta.Cinta antara lelaki dan perempuan.Kenapa cinta ini disalahtafsirkan oleh ramai remaja pada hari ini?Kerana bagi mereka kalau sudah cakap ''I LOVE YOU'' itu sudah membuktikan kesucian.Saya tertarik dengan kata-kata penulis terkenal,HilalAsyraf,dia cakap cinta yang sebenar adalah yang membawa ke syurga,apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya.Jadi,adakah berpegang tangan ,keluar bersama-sama dan sebagainya itu membawa ke syurga.Tidak.Semestinya tidak.Oleh itu,kita mestilah ingat cinta yang hakiki itu adalah cinta kepada Allah.

Itu sahaja untuk hari ini semoga ada manfaat.Semoga kita sentiasa hidup dalam ketaatan kepada Allah.Assalamualaikum wbt.

-Sahabat kalian-

Monday 15 December 2014

Cinta:1

Assalamualaikum wbt

Apa khabar iman anda hari ini?Harapnya masih dalam keadaan yang baik.

Hari ini hamba yang hina ini ingin berkongsi tentang suatu tajuk yang amat hangat pada masa ini.

Cinta.Cinta ini kalau kita tahu ia merupakan sesuatu yang abstrak kerana ianya tidak dapat dilihat.Tetapi ia boleh dizahirkan melalui perangai atau kelakuan seseorang itu.Di dunia ini cinta ini ada banyak jenis ,cinta kepada ibu bapa,sahabat,haiwan atau harta benda.Baiklah itu tidak mengapa tetapi cinta lelaki dan perempuan ini yang selalu manusia pada hari ini tersilap tafsir.

Itu sahaja sedikit yang dapat disampaikan pada hari ini.Semoga ada manfaat.Assalamualaikum wbt.

-sahabat kalian-

Monday 24 November 2014

Mati

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar iman anda hari ini?Harapnya iman anda masih dalam kestabilan yang baik.

Mati.
Apabila kita berbicara mengenai mati, saya teringat ada seorang senior saya di Maahad Tahfiz Negeri Pahang pernah membicarakan bahawa mati itu dekatnya dengan kita seperti waktu antara azan dan iqamat.Jadi apabila kita tahu bahawa mati sangat hampir dengan kita apakah persiapan kita untuk menghadapinya?Adakah kita hanya mahu terus terleka dengan nikmat dunia yang sementara ini?

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku marilah kita mempersiapkan diri dengan kematian melalui dengan kita meningkatkan amalan-amalan ibadah kita,sampaikan kefahaman Islam yang kita ada kepada mereka di luar sana,Takbir!!!!!

-Sahabat kalian-

Friday 7 November 2014

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar iman anda hari ini?Harapnya dalam keadaan masih bersyukur atas nikamt-Nya.

Hari ini hari Jumaat.Tentunya apabila tiba hari Jumaat ramai yang ingin bersedekah.Ada yang bersedekah 10 ringgit ada  yang 1 ringgit dan ada juga yang 50 ringgit.Namun itu bukanlah topik yang ingin hamba kerdil ini kupaskan tetapi yang rapat dengannya iaitu IKHLAS.

Ikhlas.
Ikhlas ini kalau secara zahirnya kita tidak dapat tengok dan lihat kerana ikhlas ini merupakan suatu yang abstrak.Ia tidak dapat dilihat,dirasa dan disentuh melainkan hanya Allah SWT.Seperti yang kita tahu Allah SWT hanya menerima amalan yang ikhlas sahaja.Namun adakah ini bermaksud kita tidak boleh melakukan amalan itu selagi kita tidak ikhlas.Tidak sama sekali.Memang kita ini manusia dan fitrahnya manusia itu sukakan pujian.Tetapi kita perlu ingat bahawa ikhlas itu juga boleh dibentuk.Contohnya apabila kita mula membuat sesuatu yang sukar seperti menebang pokok menggunakan parang.Pada mulanya memang kita akan merasa susah tetapi apabila kita sudah terbiasa membuat perkara itu pasti ia akan menjadi mudah.

Begitu juga dengan ikhlas.Apabila kita ingin membuat sesuatu amal pasti hati kita rasa ingin orang lain memuji kita.Namun itu boleh diatasi dengan mengerapkan amalan itu.Contohnya solat tahajud,sedekah dan amalan yang lain.Nah,apabila kita sudah tahu cara untuk membentuk ikhlas marilah kita belajar untuk ikhlas mulai sekarang!

-Sahabat kalian-

Monday 3 November 2014

Lidah

Assalamualaikum w.b.t.

Lidah.

Lidah ini daripada segi maksud kita tahu ia merupakan suatu medium untuk kita makan atau merasa atau bercakap.

Lidah ini walaupun ia tidak bertulang tetapi ia sangat bahaya kalau disalahgunakan.
Pada zaman dahulu, ada seorang ulama yang bernama Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya apakah benda yang paling tajam di dunia?Lalu apakah jawapan anak-anak muridnya ?Anak-anak muridnya ada menjawab pisau,pedang dan benda-benda lain yang tajam.Namun apakah jawapan Imam Al-Ghazali?Sebenarnya yang kamu semua sebut tadi semuanya benar belaka,tetapi yang paling tajam sekali adalah lidah.

Baiklah,cuba kita renungkan kenapa Imam Al-Ghazali mengatakan lidah ini sangat tajam?Ia sangat tajam kerana apabila kita tersilap kata ,terlepas cakap atau sebagainya maka ia akan mengundang padah.Peribahasa Melayu ada mengatakan kerana mulut badan binasa.Okey, kalau anda masih tidak faham maksudnya saya berikan contoh.Katalah ada seorang kawan , nama dia A.Kawannya lagi satu pula bernama B.Kemudian pada suatu hari si A ini sedang tidur nyenyak kemudian si B ni datang untuk kejut A daripada tidur.Akibat daripada itu,si A rasa terlalu marah kemudian dia terus menghamburkan kata -kata yang amat kesat kepada B.Apa akan jadi?Si B pasti amat terasa hatinya.Jika B ni orangnya baik mungkin dia boleh maafkan tapi kalau si B ni jenis kuat merajuk pasti ia akan menyebabkan permusuhan atau pergaduhan.

Lihat kalau lidah ini disalahgunakan ia akan menyebabkan ramai orang benci kepada kita.Oleh marilah kita sama-sama berusaha menjaga lidah kita mulai sekarang.Saya niat tulis ini  untuk mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat - sahabat yang berada di luar sana.

-Sahabat kalian-

Saturday 1 November 2014

Syukur

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan nikmat umur kepada kita . Bersyukur juga kepada Allah SWT kerana memberi kita nikmat yang paling besar dalam hidup ini.Apakah nikmat itu?Nikmat itu ialah iman dan islam.

Kenapa kita perlu bersyukur?Ramai yang tertanya-tanya kenapa.Jawapannya ialah kerana kita ini adalah seorang hamba . Allah sebagai Rabb telah memberi kita banyak nikmat,contohnya nikmat iman.Cuba kita renungkan ,kita dilahirkan sebagai seorang Islam.Kemudian kita diajar pula untuk beribadat kepada-Nya.Tetapi ramai orang di luar sana yang tidak mendapat nikmat iman ini.Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita untuk mensyukuri nikmat-Nya melalui dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

"Jika kamu bersyukur kepada-Ku,maka Aku akan tambahkan (nikmat-nikmat)kepada kamu,dan sesiapa yang kufur,sesungguhnya azab-Ku amat pedih."(Ibrahim:7)

Lihat,kalau kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.Oleh itu mulai hari ini marilah kita belajar untuk bersyukur kepada Allah SWT.

-Sahabat kalian-

Mukadimah

Assalamualaikum w.b.t.

Saya memulakan menulis blog ini dengan lafaz bismillah .

Pada 1 November   jam 11.10 malam ini saya niatkan blog ini dapat menjadi satu wasilah untuk berdakwah kepada umat Islam.

Harapan saya semoga Allah memberkati dan menolong usaha saya ini.

-Sahabat sekalian-