Friday 7 November 2014

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar iman anda hari ini?Harapnya dalam keadaan masih bersyukur atas nikamt-Nya.

Hari ini hari Jumaat.Tentunya apabila tiba hari Jumaat ramai yang ingin bersedekah.Ada yang bersedekah 10 ringgit ada  yang 1 ringgit dan ada juga yang 50 ringgit.Namun itu bukanlah topik yang ingin hamba kerdil ini kupaskan tetapi yang rapat dengannya iaitu IKHLAS.

Ikhlas.
Ikhlas ini kalau secara zahirnya kita tidak dapat tengok dan lihat kerana ikhlas ini merupakan suatu yang abstrak.Ia tidak dapat dilihat,dirasa dan disentuh melainkan hanya Allah SWT.Seperti yang kita tahu Allah SWT hanya menerima amalan yang ikhlas sahaja.Namun adakah ini bermaksud kita tidak boleh melakukan amalan itu selagi kita tidak ikhlas.Tidak sama sekali.Memang kita ini manusia dan fitrahnya manusia itu sukakan pujian.Tetapi kita perlu ingat bahawa ikhlas itu juga boleh dibentuk.Contohnya apabila kita mula membuat sesuatu yang sukar seperti menebang pokok menggunakan parang.Pada mulanya memang kita akan merasa susah tetapi apabila kita sudah terbiasa membuat perkara itu pasti ia akan menjadi mudah.

Begitu juga dengan ikhlas.Apabila kita ingin membuat sesuatu amal pasti hati kita rasa ingin orang lain memuji kita.Namun itu boleh diatasi dengan mengerapkan amalan itu.Contohnya solat tahajud,sedekah dan amalan yang lain.Nah,apabila kita sudah tahu cara untuk membentuk ikhlas marilah kita belajar untuk ikhlas mulai sekarang!

-Sahabat kalian-

No comments:

Post a Comment